Motto: JAGA KESIHATAN, IBADAT SEMPURNA

Perubatan Thibbun Nabawi: Perubatan Cara Nabi menjadi satu bentuk teknik dan kaedah perubatan alternatif berpandukan agama yang telah mula banyak diminati dan meningkat naik. Kerana dengan sedikitnya kos pembiayaan yang digunakan, perubatan ini telah berjaya menyembuhkan pelbagai jenis penyakit kronik yang biasanya hanya dapat disembuhkan dengan kos pembiayaan yang sangat tinggi. Methode-methode perubatan dengan bekam, madu, habbatus sauda, minyak zaitun, kam'ah, itsmid, talbinah, qusthul bahri, dan selainnya sebagai sebahagian dari bahan-bahan atau bentuk-bentuk perubatan nabawi telah menunjukkan bahawa ia merupakan terapi yang mujarab yang berupaya menyembuhkan pelbagai jenis penyakit, selain penyakit tua (dan mati) dengan izin Allah.

Motto: "JAGA KESIHATAN, IBADAT SEMPURNA "

Kesihatan adalah amat penting untuk umat islam, supaya kita senang sentiasa dapat beribadat dan beramal kepada ALLAH SWT dengan sempurna. Semoga ALLAH SWT memberkati ibadah dan amal yang kita lakukan.

Monday, March 31, 2014

BEKAM DAN RAWATAN RESDUNG


Alhamdulilah, petang tadi sempat membuat Rawatan Bekam Asas dan Rawatan Resdung Untuk Saudara Elias yang berasal dari Pakistan. Dia telah menetap di Malaysia hampir 12 tahun, kini dia seorang usahawan komputer di Plaza Low Yatt.

P/s: Jika nak beli komputer refurbished, boleh terus berjumpa dengannya.

Tabib Faiz Al-Hadid
Jurutera Kesihatan

SABUN SPA SERAI WANGI


Haruman dan aroma yang menyegarkan, malahan dapat melancarkan aliran darah serta merawat sistem dalam badan. Selain itu juga dapat mengusir unsur negatif seperti gangguan jin kerana sebahagian jin tidak suka dengan bauan serai wangi.

Khasiat sabun serai di antaranya:

1. Menghilangkan gatal-gatal di kulit (kering, panau, dan kudis)
2. Mencegah dan mengubati (mengeringkan)  jerawat.
3. Mencegah dan menghilangkan flek atau bekas jerawat.
4. Mencerahkan kulit.
5. Menyembuhkan pecah-pecah di kaki.
6. Menghilangkan bau badan.
7. Untuk rambut, boleh menghilangkan kelemumur.
8. Menghilangkan rasa letih dan menghangatkan badan.
9. Mencegah gigitan nyamuk dan serangga.
10. Memberikan kesegaran & merawat sistem dalaman badan.

11. Melancarkan aliran darah sesuai untuk mereka yang lepas bersalin atau pesakit sihir.
12. Mengusir jin kerana sebahagian jin tidak suka dengan bau serai wangi.

Item Produk : Sabun Spa Serai Wangi
Harga : RM 14.90 Seunit
Untuk pembelian, sila klik GALERI PRODUK

Sunday, March 30, 2014

MENGESAN JIN DALAM BADAN


P/s: Orang dewasa pun boleh lakukan. Tetapi mestilah berteman!...

Tabib Faiz Al-Hadid

Jurutera Kesihatan

Saturday, March 29, 2014

KESAN BISA SIHIR


Alhamdulillah, selepas asar sempat membuat rawatan ruqyah untuk saudara BadrulZaman & keluarganya dari Bukit Beruntung.

Cuma kesan bisa sihir terkena pada anak yang kecil. InshaAllah, rawat & jaga sebaik mgkin akan pulih dgn keizinan Allah SWT.

P/s: Semoga terus beramal!
P/s/s: Azan maghrib telah berkumandang, jap solat jap.

Tabib Faiz Al-Hadid
Jurutera Kesihatan

Friday, March 28, 2014

BEKAM RESDUNG


Alhamdulillah, sebelum asar tadi sempat membuat Rawatan Bekam Resdung Saudara Faiz.

P/s: Next treatment, blackhead kasi clear..:D

Tabib Faiz Al-Hadid
Jurutera Kesihatan

Monday, March 24, 2014

MEMATIKAN BARANG SIHIR


Alhamdulillah, mlm tadi sempat membuat rawatan untuk mematikan barang sihir yang kian lama sering menganggu pesakit ini.

Badan pesakit calar balar dan merasakan seperti dicucuk-cucuk di bahagian hujung kaki dan tubuh badannya.

P/s: Selamat Ditanam! Moga Allah berikan kesembuhannya.

P/s/s: Penerbangan MH370 berakhir di koridor selatan Lautan Hindi - PM

Tabib Faiz Al-Hadid

Jaga Kesihatan, Ibadat Sempurna!

AYAM SUNTIK


Ayam ternakan biasanya disuntik dengan vaksin, antibiotik atau enzim samada untuk mencegah penyakit atau mempercepat tumbesaran ayam tersebut, namun ia boleh memudaratkan kesihatan.

1) Menurut kajian, ayam diberi hormon dan antibiotik untuk menyihat dan menggemukkannya. Menurut Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan Pakar Kesihatan Awam, antara kesan sampingan pengambilan ayam yang disuntik hormon estrogen ini terutamanya kepada lelaki adalah boleh menghadapi masalah gynecomastia atau buah dada mereka membesar dan berisiko menghidap barah payu dara lebih teruk daripada wanita.

2) Menurut Pensyarah Fakulti Farmasi UiTM, Dr Mohd Zulkefeli Md Jusoh, kekerapan memakan ayam khususnya daripada jenis ayam daging akan membawa ketidakseimbangan hormon kepada tubuh, yang dalam tempoh jangka panjang akan menyebabkan risiko penyakit kanser.

3) Selain hormon, ayam daging mempunyai kadar kolestrol yang tinggi berbanding makanan lain dalam kumpulan makanan berprotein dan boleh meningkatkan risiko penyakit jantung, diabetis dan masalah kegemukan. (Kajian pakar pemakanan dari Jabatan Pemakanan dan Dietetik, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia).

4) Untuk meningkatkan kelembutan daging ayam, air masin (saltwater) biasanya disuntik ke dalam tubuh ayam dalam satu proses yang digelar plumping. Namun dalam sesetengah kes, kira-kira satu perlima hingga melebihi separuh berat ayam dipenuhi dengan air yang menyebabkan ayam tersebut mengandungi kadar natrium yang tinggi dan boleh menyebabkan masalah kesihatan.

5) Selain itu, antibiotik yang digunakan untuk tumbesaran ayam yang kadang-kadang mencapai hingga kadar 20-25% boleh menyebabkan masalah kesihatan. Pengambilan antibiotik dalam jangka masa panjang akan mengganggu bakteria normal dalam tubuh manusia dan menyebabkannya berubah menjadi bakteria yang menyebabkan penyakit, selain membuatkannya bertambah kebal terhadap sebarang ubat-ubatan.

P/s: Ayam suntik biasanya disuntik mengikut dos yang ditetapkan, masih selamat untuk dimakan namun jika dimakan setiap hari dalam kuantiti yang banyak, sangat tidak baik untuk kesihatan.

KENCING MANIS & KAKI BERNANAH


Masalah kaki bernanah atau berulat adalah amat biasa terjadi di kalangan pesakit kencing manis di negara kita. Keadaan ini bertambah kronik lagi dengan kecenderungan masyarakat kita yang lebih suka mencuba rawatan tradisional dan herbal. Ramai yang menjadikan rawatan hospital sebagai ‘last resort’ atau pilihan terakhir mereka.
Anggapan mereka, sekiranya ke hospital, kaki mereka pasti dipotong. Apa yang mereka tidak sedar adalah kelewatan mereka ke hospital itulah yang mengakibatkan doktor tiada pilihan lain. Pada kami, nyawa adalah lebih penting daripada kaki. ‘Life Before Limb’, itulah prinsip kami.
Kebanyakan pesakit pergi ke hospital apabila kaki mereka telah membusuk ke tahap tidak dapat diselamatkan lagi. Malah, ada yang datang dengan ‘Sepsis’ dimana, kuman telah pun merebak ke dalam sistem peredaran darah dan boleh merosakkan organ dalaman pesakit. Sekiranya tempat asal kuman ini tidak dibuang, maka pesakit mungkin tidak dapat diselamatkan walaupun antibiotik diberi.
Pesakit kencing manis mudah mendapat masalah jangkitan ini akibat tiga keadaan pesakit kencing manis iaitu:
  1. Neuropathy – Ia adalah keadaan dimana terdapat kerosakan pada sistem saraf pesakit. Ia boleh dibahagikan lagi kepada tiga iaitu ‘sensory’, ‘motor’ dan ‘autonomic’
  2. Vasculopathy - Vasculopathy pula merujuk kepada keadaan tidak normal pada system salur darah pesakit kencing manis. Sistem peredaran darah pesakit ini biasanya kurang baik akibat tersumbat yang menyebabkan kekurangan bekalan oksigen serta nutrien.
  3. Immunopathy - Immunopathy adalah keadaan di mana pesakit kencing manis ini lebih mudah terdedah kepada jangkitan  kuman akibat kelemahan sistem pertahanan badan merek

Kaki pesakit kencing manis ini biasanya kebas. Mereka tidak akan terasa walaupun mereka terpijak paku atau berjalan di atas permukaan yang panas. Saya pernah mendapat pesakit yang melecur kakinya akibat daripada bertungku. Mengalami luka pada kaki adalah perkara pertama yang akan membawa kepada lebih banyak masalah.
Sekiranya anda mempunyai saudara yang mempunyai penyakit kencing manis, nasihatkan mereka untuk segera berjumpa doktor sekiranya kaki mereka terluka. Tisu yang busuk atau dijangkiti kuman perlu dicuci dan tisu yang mati perlu dibuang. Kelewatan rawatan boleh menyebabkan kehilangan kaki, atau lebih teruk lagi, kehilangan nyawa mereka!
Langkah-langkah awal boleh diambil bagi mengelakkan masalah luka ini daripada berlaku. Antara nasihat yang boleh diberikan ialah:
  1. Sentiasa memastikan kaki tidak terlalu kering. Kaki yang kering boleh merekah dan luka. Pesakit boleh menggunakan minyak bayi atau minyak zaitun bagi melembabkan kulit.
  2. Kaki perlu dilap apabila keluar daripada bilik air atau tandas. Kaki yang basah, terutamanya di celah-celah jari, memudahkan jangkitan kulat (fungus)
  3. Pesakit perlu memeriksa stoking dan kasut sebelum memakai mereka bagi memastikan tiada batu, kayu atau benda-benda tajam di dalamnya.
  4. Sentiasa memakai kasut yang sesuai sekiranya berjalan. Elakkan selipar atau sandal yang mendedahkan jari kerana ia lebih mudah terluka.
  5. Sentiasa memeriksa kaki sebelum tidur, dengan menggunakan cermin bagi melihat kawasan-kawasan yang sukar dilihat. Pemeriksaan kaki sendiri ini seeloknya dibuat dua kali sehari.
Pesakit kencing manis yang mempunyai luka atau ulser di kaki mempunyai 15 peratus risiko untuk menghadapi amputasi atau dipotong kaki mereka akibat kaki yang membusuk, bernanah dan mati (gangrene).
 Marilah kita sama-sama menasihati kenalan kita mengenai kepentingan menjaga kaki dan mengawal paras gula dalam darah.  Lebih baik lagi ialah mengelakkan diri dan kenalan kita daripada menghidap kencing manis.

Sumber: Dr. Ahmad Mahyuddin 
Seorang pakar bedah ortopedik yang bertugas di sebuah hospital di Pahang. Kenali beliau dengan lebih lanjut di laman The Team.

Saturday, March 22, 2014

4 PELANGGAN


Alhamdulillah, Mlm ini sempat membuat 4 rawatan serentak.

1 Rawatan Bekam Sunnah utk sahabat lama Hanif Hamid.
3 Rawatan Ruqyah utk pesakit-pesakit.

P/s: Semoga Allah berikan kesembuhan & kesihatan yang baik utk mrk.
P/s/s: Dekat dgn Sang Pencipta, Maka Allah SWT akan berikan ketenangan.

Tabib Faiz Al-Hadid
Jaga Kesihatan, Ibadat Sempurna! 

Friday, March 21, 2014

KITAB KECIL & KERIS LAMA



Alhamdulillah, mlm ini selesai utk rawatan gangguan. Berpunca daripada peninggalan kitab kecil & keris lama pemberian ayahnya 

InshaAllah, hari sabtu ini utk menghapuskan sihir pada kitab kecil & keris lama. 

P/s: Mohon dipermudahkan segala urusan.


Tabib Faiz Al-Hadid
Jurutera Kesihatan
Jaga Kesihatan, Ibadat Sempurna

Thursday, March 20, 2014

PENJAGA BERSILAT


Alhamdulillah, pesakit kedua Puan Siti Hajar dari Melawati mempunyai "penjaga" yang katanya mempertahankan diri tuannya.

Ketika diruqyah & diberikan minum air habbatus-sauda, makhluk tersebut membuat gerak tari silat. Namun dgn keizinan Allah, pesakit telah muntah-muntah dgn byknya.

P/s: Menuntut ilmu silat tak salah, cuma jgn tersalah langkah!...

Tabib Faiz Al-Hadid 

Jurutera Kesihatan
Jaga Kesihatan, Ibadat Sempurna

Wednesday, March 19, 2014

DISAPUK ROH KANAK-KANAK


Alhamdulillah, pesakit pertama iaitu seorang kanak-kanak telah di"rasuki" telah berjaya dikeluarkan dgn keizinan Allah SWT..

Sebenarnya pesakit kanak2 ini telah 3 hari bersikap bukan seperti perwatakkan yang biasa. Setelah diruqyah, makhluk tersebut ingin berdialog...Rupanya dia ikut ketika ambil kotak di tempat permainan makhluk tersebut ketika waktu maghrib.

P/s: Jangan main waktu maghrib, teringat pesan ibu ayah masa kecik2.

Tabib Faiz Al-Hadid
Jurutera Kesihatan

Jaga Kesihatan, Ibadat Sempurna! 

Monday, March 17, 2014

PUAN SAADIAH TAMAN DESA BAKTI


Alhamdulillah, selesai sesi ruqyah ke atas Puan Saadiah di Taman Desa Bakti, Selayang. Kes khianat orang yang terdekat menyebabkan kakinya berkudis, sebelah kaki tidak mampu untuk bergerak.

InshaAllah, sabtu ini buat untuk bekam untuk melancarkan perjalanan darah di tempat yang dihuni makhluk tersebut.

P/s: Sesungguhnya syaitan itu berjalan pada aliran darah manusia.

Tabib Faiz Al-Hadid
Jurutera Kesihatan
Jaga Kesihatan, Ibadat Sempurna
www.tabibfaiz.blogspot.com

Sunday, March 16, 2014

BEKAM MIGRAINE


Alhamdulillah, smlm sempat membekam Saudagar Zk Mutiara Timur di bahagian tepi sisi kepala kerana kerap sakit kepala / migraine.

Dia sempat mempelajari teknik asas bekam, katanya nak buka cawangan di Shah Alam.

P/s: Jangan buka cawangan yang "lain" cukup la..
*Lain@Kahwin..Marah orang rumah dia..

Tabib Faiz Al-Hadid
Jurutera Kesihatan
Jaga Kesihatan, Ibadat Sempurna!
www.tabibfaiz.blogspot.com

Saturday, March 15, 2014

2 PESAKIT


Alhamdulillah, mlm ini membuat 2 rawatan :

1. Bekam Migrain Ayah kepada Radzalina Abd Majid 
2. Urutan Muslimah oleh Juruterapi Muslimah 

P/s: T/kasih untuk kehadiran kali kedua. Anda bila lagi?

Tabib Faiz Al-Hadid
Jurutera Kesihatan
Jaga Kesihatan, Ibadat Sempurna!
www.tabibfaiz.blogspot.com

Wednesday, March 12, 2014

BEKAM MOBILE PAYA JARAS



Alhamdulillah, Membuat Bekam Mobile di paya jaras atas jemputan sahabat ana Rizam A.r dari Darul Hijamah. Adik iparnya orang scotland (Sheldon Byron Stokes ) pun mencuba berbekam.

Mlm ini pula rawatan bekam untuk muslimah sahaja 3 orang.

P/s: Mat Saleh pun buat bekam, kalian bila lagi.

Tabib Faiz Al-Hadid
Jurutera Kesihatan
Jaga Kesihatan, Ibadat Sempurna!
Layari www.tabibfaiz.blogspot.com

USTAZ SHAMSUL MBI



Alhamdulillah, sbelum masuk zohor tadi sempat membuat rawatan bekam & urutan badan untuk kali ke 2 untuk Ustaz Shams Hakeem & Zaujahnya.

P/s: Nampak perubahan yg sgt ketara, semoga Allah berikan kesihatan agar terus menyampaikan kuliah-kuliah pengajian di sekitar Ampang. InshaAllah 

Tabib Faiz Al-Hadid
Jurutera Kesihatan
Jaga Kesihatan, Ibadat Sempurna!
Layari www.tabibfaiz.blogspot.com

Monday, March 10, 2014

GANGGUAN KECIL



Alhamdulillah, semalam ada 2 pesakit.

Pesakit Pertama merawat pesakit terkena gangguan. Pesakit tersebut lemah semangat, maka ia mudah dikuasai. Akhirnya berjaya juga dipulihkan. 

Pesakit Kedua Saudara Ismadi Norahman, mencuba untuk berbekam. Penyakit Gout & Migrain yang dialami.

P/s: Semoga diberikan kesihatan oleh Allah SWT.

Tabib Faiz Al-Hadid
Jurutera Kesihatan : Bekam | Urut | Resdung Tanpa Asap
Jaga Kesihatan, Ibadat Sempurna!
Layari www.tabibfaiz.blogspot.com

DIABETES BERBAHAYA


Dalam kehidupan seharian, kalian harus jaga pengambilan makanan & minuman. Amalkan permakanan yg seimbang. Lebihkan minum air.

Meskipun hidup hanya sementara, kerana sementara itu yang kalian perlu jaga agar kalian dapat melakukan ibadat dengan sempurna.

P/s: "Silent Killer" atau "Pembunuh yang Senyap"? Dapatkah diabetes disembuhkan? Jom berbekam...

Tabib Faiz Al-Hadid
Jurutera Kesihatan : Bekam | Urut | Resdung Tanpa Asap
Jaga Kesihatan, Ibadat Sempurna!
Layari www.tabibfaiz.blogspot.com

Sunday, March 9, 2014

HAJAH KHADIJAH



Alhamdulillah, baru selesai membekam Puan Hajah Khadijah Guru Besar SK Ampang. 

P/s: Jurubekam Muslimat disediakan. Jom Muslimat....

Tabib Faiz Al-Hadid 
Jurutera Kesihatan: Bekam | Urut | Resdung Tanpa Asap 
Jaga Kesihatan, Ibadat Sempurna!
Layari :www.tabibfaiz.blogspot.com

Saturday, March 8, 2014

Fitri Basri MBI


Alhamdulillah, selesai membekam & urutan kaki Saudara Fitri Basri.

P/s: Pemuda Harapan MBI, semoga pelbagai aktiviti dpt dirancangkan.

Tabib Faiz Al-Hadid 
Jurutera Kesihatan: Bekam | Urut | Resdung Tanpa Asap 
Jaga Kesihatan, Ibadat Sempurna.
Layari :www.tabibfaiz.blogspot.com

RAWATAN PERDANA BEKAM



Alhamdulillah, ptg tadi berjalan lancar Sesi Rawatan Bekam Perdana di Surau Baitul Ehsan, Ampang Campuran bersama pembantu ana saudara Sofie Adenan

T/kasih pada Ustaz Ibnu Sulaiman An-nz yang mengaturkan sesi rawatan tersebut.

P/s: Sekiranya ada yang berminat utk ana mengadakan Sesi Rawatan Bekam Perdana, sila hubungi ana. (Ampang Bekam Centre)

Tabib Faiz Al-Hadid
Jurutera Kesihatan : Bekam | Urut | Resdung Tanpa Asap
Jaga Kesihatan, Ibadat Sempurna!
Layari :www.tabibfaiz.blogspot.com

Thursday, March 6, 2014

3 PELANGGAN

 

Alhamdulillah, selesai membekam 3 pelanggan tadi. 

8.00pm - Puan Fadila Buang 
9.30pm - En Rashid Askar
10.30pm - Saudara Ismat Cheras

P/s: Semoga diberikan kesihatan yang baik oleh Allah SWT.

Tabib Faiz Al-Hadid
Jaga Kesihatan, Ibadat Sempurna!

BOB Ampang Komputer


Alhamdulillah, petang telah selesai membekam sahabat ana BOB owner Ampang Komputer.

Bekam di bahagian kaki 4 cups sahaja. Utk melancarkan perjalanan darah di bahagian kaki.

P/s: Semoga diberikan kesihatan yang baik oleh Allah SWT

Ustaz Shamsul Hakeem



Alhamdulillah, selesai membekam ustaz Shams Hakeem. Semoga Allah berikan kesembuhan & kesihatan yang baik. 

P/s: Bersiap utk solat zuhur...

Tabib Faiz Al-Hadid 
Rawatan Bekam | Urut | Resdung Tanpa Asap 
Jaga Kesihatan, Ibadat Sempurna!

Tuesday, March 4, 2014

4 PELANGGAN


Alhamdulillah, ptg tadi sbelum maghrib selesai membuat rawatan bekam seramai 4 org serentak. 

Diaorang dah call dari hari jumaat utk datang, akhirnya sampai jugak..

P/s: Rupanya teman sekerja dlu, dunia ini kecil sahaja. 

P/s/s: Malam ini 3 orang lagi utk urutan badan & bekam...

Tabib Faiz Al-Hadid
Rawatan Bekam | Urut | Resdung Tanpa Asap
Jaga Kesihatan, Ibadat Sempurna!

Saturday, March 1, 2014

RAWATAN DI KUALA TERENGGANU

 

Alhamdulillah, baru smpai di kemaman. Ada rawatan ruqyah di Kuala Terengganu.

Pesakit ini dikatakan mempunyai saka atau benda ikut, menurut kata pihak keluarganya setelah cuba berubat di kawasan berdekatan.

Bila ana dan zaujah sana di rumah, pesakit yang berusia sekitar 95 tahun itu terus menangis dan memberitahu bahawa dia akan pergi, ibubapanya yang telah melambainya (keduanya telah meninggal). Ana juga memberitahu bahawa ana dan semua yang hidup pun akan bakal menyusuri kematian.

Lalu ana memberitahu pihak keluarga mereka, apa yang dikatakan oleh perawat lain, bahawa pesakit itu ada saka atau diikut oleh makhluk lain. Sebenarnya ini adalah tanda-tanda 100 hari kematian. Bakal jenazah pasti akan nampak Malaikat Maut, di saat itu memang tidak boleh berkata-kata..

P/s: Alhamdulillah, semua dipermudahkan segala urusan oleh Allah SWT.


Tabib Faiz Al-Hadid
Jurutera Kesihatan

ROSAINI


Alhamdulillah, smlm selesai buat rawatan bekam resdung+rawatan resdung tanpa asap.

P/s: Semoga semakin kacak pesakit kita ini..

P/s/s: BERBEKAM dapat mencegah & merawat pelbagai penyakit.
Jom Berbekam Amalan Sunnah......

Tabib Faiz Al-Hadid
Rawatan Terapi Bekam | Urut | Resdung Tanpa Asap
Jaga Kesihatan, Ibadat Sempurna!
 — with Radzalina Abd Majid.