Motto: JAGA KESIHATAN, IBADAT SEMPURNA

Perubatan Thibbun Nabawi: Perubatan Cara Nabi menjadi satu bentuk teknik dan kaedah perubatan alternatif berpandukan agama yang telah mula banyak diminati dan meningkat naik. Kerana dengan sedikitnya kos pembiayaan yang digunakan, perubatan ini telah berjaya menyembuhkan pelbagai jenis penyakit kronik yang biasanya hanya dapat disembuhkan dengan kos pembiayaan yang sangat tinggi. Methode-methode perubatan dengan bekam, madu, habbatus sauda, minyak zaitun, kam'ah, itsmid, talbinah, qusthul bahri, dan selainnya sebagai sebahagian dari bahan-bahan atau bentuk-bentuk perubatan nabawi telah menunjukkan bahawa ia merupakan terapi yang mujarab yang berupaya menyembuhkan pelbagai jenis penyakit, selain penyakit tua (dan mati) dengan izin Allah.

Motto: "JAGA KESIHATAN, IBADAT SEMPURNA "

Kesihatan adalah amat penting untuk umat islam, supaya kita senang sentiasa dapat beribadat dan beramal kepada ALLAH SWT dengan sempurna. Semoga ALLAH SWT memberkati ibadah dan amal yang kita lakukan.

Tuesday, May 13, 2014

KARNIVAL LZS DI MASJID BUKIT INDAH


Alhamdulillah, Kami sedang membuat Rawatan Bekam Perdana sempena program Karnival Lembaga Zakat Selangor di Masjid Bukit Indah, Ampang. Sambutan amat menggalakkan.

P/s: InshaAllah, jika berminat untuk kami mengadakan Rawatan Bekam Perdana di tempat anda, sila hubungi kami.

Tabib Faiz Al-Hadid
Al-Hadid Bekam Centre

Sunday, May 11, 2014

PROGRAM KESIHATAN BERSAMA JKP


Hari ini dijemput untuk mengadakan Rawatan Ruqyah As Shifa dan Bekam sempena Program Kesihatan Bersiri Dewan Negeri Lembah Jaya. Ana turut dibantu oleh zaujah & pembantu Sofie Adenan.

Ramai juga yang datang untuk berbekam, mereka belum pernah berbekam. Ingin mengetahui bagaimana dibekam & khasiat selepas berbekam. Ternyata, mereka amat berpuashati kerana berbekam dapat melegakan kesakitan yang dialami.

Tabib Faiz Al-Hadid
Al-Hadid Bekam Centre