Motto: JAGA KESIHATAN, IBADAT SEMPURNA

Perubatan Thibbun Nabawi: Perubatan Cara Nabi menjadi satu bentuk teknik dan kaedah perubatan alternatif berpandukan agama yang telah mula banyak diminati dan meningkat naik. Kerana dengan sedikitnya kos pembiayaan yang digunakan, perubatan ini telah berjaya menyembuhkan pelbagai jenis penyakit kronik yang biasanya hanya dapat disembuhkan dengan kos pembiayaan yang sangat tinggi. Methode-methode perubatan dengan bekam, madu, habbatus sauda, minyak zaitun, kam'ah, itsmid, talbinah, qusthul bahri, dan selainnya sebagai sebahagian dari bahan-bahan atau bentuk-bentuk perubatan nabawi telah menunjukkan bahawa ia merupakan terapi yang mujarab yang berupaya menyembuhkan pelbagai jenis penyakit, selain penyakit tua (dan mati) dengan izin Allah.

Motto: "JAGA KESIHATAN, IBADAT SEMPURNA "

Kesihatan adalah amat penting untuk umat islam, supaya kita senang sentiasa dapat beribadat dan beramal kepada ALLAH SWT dengan sempurna. Semoga ALLAH SWT memberkati ibadah dan amal yang kita lakukan.

Saturday, December 21, 2013

KAKI PESAKIT DISIHIR


Alhamdulillah, selesai petang tadi sesi rawatan pesakit bekam sihir.
Rendaman kaki, sedikit urutan pada kaki & terus bekam utk 3 kali rawatan terakhir.
Perubahan ketara, Allah berikan kesembuhan.

P/s: Jaga makan & jgn lupa bacakan basmallah & selawat bila kuar jalan2, sihir dituju tiada mengenal siapa...

Tabib Faiz Al-Hadid
Jurutera Kesihatan

Jaga Kesihatan, Ibadat Sempurna!

Sunday, December 15, 2013

BEKAM KURAP


Alhamdulillah, ptg ini bru selesai membekam.
Ini adalah hasil pembekaman keatas seorang pengidap penyakit gatal kulit iaitu kurap. Tempat gatal berada di bahagian belakang betis.

Tujuannya ialah untuk mengurangkan rasa kurang senang akibat kesakitan gatal & bisa gatal di samping membantu mengeringkan kulit.

Tabib Faiz Al-Hadid
Jurutera Kesihatan
Jaga Kesihatan, Ibadat Sempurna!

Wednesday, December 11, 2013

PESAKIT BUASIR


Alhamdulillah, semlm pesakit buasir telah mendapatkan madu herba, dia telah berjumpa dgn doktor tetapi lebih prefer dgn amalan permakanan kesihatan sunnah.

Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

P/s: Jika kita dapat mengamalkan makanan kegemaran Rasulullah ini, alhamdulillah dapat menghidupkan sunnahnya, dapat pahala dan keberkatan dari Allah SWT. Mudah nak hidupkan sunnah Nabi, bab makan pun begitu banyak boleh kita lakukan.

Tabib Faiz Al-Hadid
Jurutera Kesihatan
Jaga Kesihatan, Ibadat Sempurna!

Monday, December 9, 2013

BEKAM LENGUH SENDI


Pesakit mengadu sakit di bahagian belakang, pinggang serta tengkuk.

P/s: Jom bekam! Tak Sakit pun & Selamat. In Shaa Allah.

Tabib Faiz Al-Hadid

Jurutera Kesihatan
Jaga Kesihatan, Ibadat Sempurna!
 

Monday, December 2, 2013

BEKAM BUDAK 9 TAHUN



Sesi membekam lepas isyak tadi untuk kanak-kanak ....

Tirmidzi meriwayatkan dalam Sunan-nya, dari Ibnu Mas’ud yang berkata:
“Rasulullah SAW suatu ketika bercerita tentang malam ketika beliau diisra’kan, bahawa beliau tidak berlalu pada satu kelompok malaikat pun kecuali mereka menyuruh beliau dengan mengatakan,’Perintahkanlah ummatmu agar berbekam ”

P/s: Ramai jugak sahabatku yg meminta utk dibekamkan. 

Nnti Datin Zawiyah Mohd Amin , bgtau bila nk berbekam yea.

Tabib Faiz Al-Hadid

Jurutera Kesihatan
Jaga Kesihatan, Ibadat Sempurna