Motto: JAGA KESIHATAN, IBADAT SEMPURNA
Perubatan Thibbun Nabawi: Perubatan Cara Nabi menjadi satu bentuk teknik dan kaedah perubatan alternatif berpandukan agama yang telah mula banyak diminati dan meningkat naik. Kerana dengan sedikitnya kos pembiayaan yang digunakan, perubatan ini telah berjaya menyembuhkan pelbagai jenis penyakit kronik yang biasanya hanya dapat disembuhkan dengan kos pembiayaan yang sangat tinggi. Methode-methode perubatan dengan bekam, madu, habbatus sauda, minyak zaitun, kam'ah, itsmid, talbinah, qusthul bahri, dan selainnya sebagai sebahagian dari bahan-bahan atau bentuk-bentuk perubatan nabawi telah menunjukkan bahawa ia merupakan terapi yang mujarab yang berupaya menyembuhkan pelbagai jenis penyakit, selain penyakit tua (dan mati) dengan izin Allah.
Motto: "JAGA KESIHATAN, IBADAT SEMPURNA "
Kesihatan adalah amat penting untuk umat islam, supaya kita senang sentiasa dapat beribadat dan beramal kepada ALLAH SWT dengan sempurna. Semoga ALLAH SWT memberkati ibadah dan amal yang kita lakukan.
Kesihatan adalah amat penting untuk umat islam, supaya kita senang sentiasa dapat beribadat dan beramal kepada ALLAH SWT dengan sempurna. Semoga ALLAH SWT memberkati ibadah dan amal yang kita lakukan.
Showing posts with label InfoSihat. Show all posts
Showing posts with label InfoSihat. Show all posts
Tuesday, July 1, 2014
PERMINTAAN DI BULAN RAMADHAN
KHIDMAT RAWATAN RESDUNG & RENDAMAN KAKI
✓ Rawatan Resdung Tanpa Asap hanya RM 20 per sesi.
✓ Rawatan Rendaman Kaki hanya RM10 per 15 minit.
P/s: Malam kami beroperasi selepas solat terawih.
Tabib Faiz Al-Hadid & Puan Ema Al-Hadid
Rawatan Bekam | Urutan | Resdung | Ruqyah/Sihir
"Jaga Kesihatan, Ibadat Sempurna"
Tuesday, April 1, 2014
HALALKAH UBAT ANDA
Tahukah Anda! 30% Ubat mengandungi unsur babi dan anda mungkin telah mengambilnya tanpa disedari.
Ramai umat Islam pada hari ini yang tidak sedar bahawa ubat-ubatan yang mereka ambil itu sebenarnya mengandungi bahan daripada babi. Hasil kajian makmal Pusat Pengajian Sains Farmasi, Universiti Sains Malaysia mendapati 30 Peratus daripada 100 ubat yang diuji positif mengandungi DNA babi.
Manakala, Kajian Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi terhadap 15 ubat-ubatan yang diambil secara rambang dari pasaran Malaysia mendapati tiga daripada ubat itu positif DNA khinzir.
Buku ini memberi panduan berguna kepada pembaca terutama pesakit Islam sebagai rujukan.
Item Produk :Panduan Halalkah Ubat Anda
Harga : RM 50.00 seunit
Untuk pembelian, sila klik disini [ TEMPAHAN BUKU ]
Monday, March 24, 2014
AYAM SUNTIK
1) Menurut kajian, ayam diberi hormon dan antibiotik untuk menyihat dan menggemukkannya. Menurut Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan Pakar Kesihatan Awam, antara kesan sampingan pengambilan ayam yang disuntik hormon estrogen ini terutamanya kepada lelaki adalah boleh menghadapi masalah gynecomastia atau buah dada mereka membesar dan berisiko menghidap barah payu dara lebih teruk daripada wanita.
2) Menurut Pensyarah Fakulti Farmasi UiTM, Dr Mohd Zulkefeli Md Jusoh, kekerapan memakan ayam khususnya daripada jenis ayam daging akan membawa ketidakseimbangan hormon kepada tubuh, yang dalam tempoh jangka panjang akan menyebabkan risiko penyakit kanser.
3) Selain hormon, ayam daging mempunyai kadar kolestrol yang tinggi berbanding makanan lain dalam kumpulan makanan berprotein dan boleh meningkatkan risiko penyakit jantung, diabetis dan masalah kegemukan. (Kajian pakar pemakanan dari Jabatan Pemakanan dan Dietetik, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia).
4) Untuk meningkatkan kelembutan daging ayam, air masin (saltwater) biasanya disuntik ke dalam tubuh ayam dalam satu proses yang digelar plumping. Namun dalam sesetengah kes, kira-kira satu perlima hingga melebihi separuh berat ayam dipenuhi dengan air yang menyebabkan ayam tersebut mengandungi kadar natrium yang tinggi dan boleh menyebabkan masalah kesihatan.
5) Selain itu, antibiotik yang digunakan untuk tumbesaran ayam yang kadang-kadang mencapai hingga kadar 20-25% boleh menyebabkan masalah kesihatan. Pengambilan antibiotik dalam jangka masa panjang akan mengganggu bakteria normal dalam tubuh manusia dan menyebabkannya berubah menjadi bakteria yang menyebabkan penyakit, selain membuatkannya bertambah kebal terhadap sebarang ubat-ubatan.
P/s: Ayam suntik biasanya disuntik mengikut dos yang ditetapkan, masih selamat untuk dimakan namun jika dimakan setiap hari dalam kuantiti yang banyak, sangat tidak baik untuk kesihatan.
KENCING MANIS & KAKI BERNANAH
Masalah kaki bernanah atau berulat adalah amat biasa terjadi di kalangan pesakit kencing manis di negara kita. Keadaan ini bertambah kronik lagi dengan kecenderungan masyarakat kita yang lebih suka mencuba rawatan tradisional dan herbal. Ramai yang menjadikan rawatan hospital sebagai ‘last resort’ atau pilihan terakhir mereka.
Anggapan mereka, sekiranya ke hospital, kaki mereka pasti dipotong. Apa yang mereka tidak sedar adalah kelewatan mereka ke hospital itulah yang mengakibatkan doktor tiada pilihan lain. Pada kami, nyawa adalah lebih penting daripada kaki. ‘Life Before Limb’, itulah prinsip kami.
Kebanyakan pesakit pergi ke hospital apabila kaki mereka telah membusuk ke tahap tidak dapat diselamatkan lagi. Malah, ada yang datang dengan ‘Sepsis’ dimana, kuman telah pun merebak ke dalam sistem peredaran darah dan boleh merosakkan organ dalaman pesakit. Sekiranya tempat asal kuman ini tidak dibuang, maka pesakit mungkin tidak dapat diselamatkan walaupun antibiotik diberi.
Pesakit kencing manis mudah mendapat masalah jangkitan ini akibat tiga keadaan pesakit kencing manis iaitu:
- Neuropathy – Ia adalah keadaan dimana terdapat kerosakan pada sistem saraf pesakit. Ia boleh dibahagikan lagi kepada tiga iaitu ‘sensory’, ‘motor’ dan ‘autonomic’
- Vasculopathy - Vasculopathy pula merujuk kepada keadaan tidak normal pada system salur darah pesakit kencing manis. Sistem peredaran darah pesakit ini biasanya kurang baik akibat tersumbat yang menyebabkan kekurangan bekalan oksigen serta nutrien.
- Immunopathy - Immunopathy adalah keadaan di mana pesakit kencing manis ini lebih mudah terdedah kepada jangkitan kuman akibat kelemahan sistem pertahanan badan merek
Kaki pesakit kencing manis ini biasanya kebas. Mereka tidak akan terasa walaupun mereka terpijak paku atau berjalan di atas permukaan yang panas. Saya pernah mendapat pesakit yang melecur kakinya akibat daripada bertungku. Mengalami luka pada kaki adalah perkara pertama yang akan membawa kepada lebih banyak masalah.
Sekiranya anda mempunyai saudara yang mempunyai penyakit kencing manis, nasihatkan mereka untuk segera berjumpa doktor sekiranya kaki mereka terluka. Tisu yang busuk atau dijangkiti kuman perlu dicuci dan tisu yang mati perlu dibuang. Kelewatan rawatan boleh menyebabkan kehilangan kaki, atau lebih teruk lagi, kehilangan nyawa mereka!
Langkah-langkah awal boleh diambil bagi mengelakkan masalah luka ini daripada berlaku. Antara nasihat yang boleh diberikan ialah:
- Sentiasa memastikan kaki tidak terlalu kering. Kaki yang kering boleh merekah dan luka. Pesakit boleh menggunakan minyak bayi atau minyak zaitun bagi melembabkan kulit.
- Kaki perlu dilap apabila keluar daripada bilik air atau tandas. Kaki yang basah, terutamanya di celah-celah jari, memudahkan jangkitan kulat (fungus)
- Pesakit perlu memeriksa stoking dan kasut sebelum memakai mereka bagi memastikan tiada batu, kayu atau benda-benda tajam di dalamnya.
- Sentiasa memakai kasut yang sesuai sekiranya berjalan. Elakkan selipar atau sandal yang mendedahkan jari kerana ia lebih mudah terluka.
- Sentiasa memeriksa kaki sebelum tidur, dengan menggunakan cermin bagi melihat kawasan-kawasan yang sukar dilihat. Pemeriksaan kaki sendiri ini seeloknya dibuat dua kali sehari.
Pesakit kencing manis yang mempunyai luka atau ulser di kaki mempunyai 15 peratus risiko untuk menghadapi amputasi atau dipotong kaki mereka akibat kaki yang membusuk, bernanah dan mati (gangrene).
Marilah kita sama-sama menasihati kenalan kita mengenai kepentingan menjaga kaki dan mengawal paras gula dalam darah. Lebih baik lagi ialah mengelakkan diri dan kenalan kita daripada menghidap kencing manis.
Sumber: Dr. Ahmad Mahyuddin
Seorang pakar bedah ortopedik yang bertugas di sebuah hospital di Pahang. Kenali beliau dengan lebih lanjut di laman The Team.
Monday, March 10, 2014
DIABETES BERBAHAYA
Dalam kehidupan seharian, kalian harus jaga pengambilan makanan & minuman. Amalkan permakanan yg seimbang. Lebihkan minum air.
Meskipun hidup hanya sementara, kerana sementara itu yang kalian perlu jaga agar kalian dapat melakukan ibadat dengan sempurna.
P/s: "Silent Killer" atau "Pembunuh yang Senyap"? Dapatkah diabetes disembuhkan? Jom berbekam...
Tabib Faiz Al-Hadid
Jurutera Kesihatan : Bekam | Urut | Resdung Tanpa Asap
Jaga Kesihatan, Ibadat Sempurna!
Layari www.tabibfaiz.blogspot.com
Subscribe to:
Posts (Atom)




