Motto: JAGA KESIHATAN, IBADAT SEMPURNA

Perubatan Thibbun Nabawi: Perubatan Cara Nabi menjadi satu bentuk teknik dan kaedah perubatan alternatif berpandukan agama yang telah mula banyak diminati dan meningkat naik. Kerana dengan sedikitnya kos pembiayaan yang digunakan, perubatan ini telah berjaya menyembuhkan pelbagai jenis penyakit kronik yang biasanya hanya dapat disembuhkan dengan kos pembiayaan yang sangat tinggi. Methode-methode perubatan dengan bekam, madu, habbatus sauda, minyak zaitun, kam'ah, itsmid, talbinah, qusthul bahri, dan selainnya sebagai sebahagian dari bahan-bahan atau bentuk-bentuk perubatan nabawi telah menunjukkan bahawa ia merupakan terapi yang mujarab yang berupaya menyembuhkan pelbagai jenis penyakit, selain penyakit tua (dan mati) dengan izin Allah.

Motto: "JAGA KESIHATAN, IBADAT SEMPURNA "

Kesihatan adalah amat penting untuk umat islam, supaya kita senang sentiasa dapat beribadat dan beramal kepada ALLAH SWT dengan sempurna. Semoga ALLAH SWT memberkati ibadah dan amal yang kita lakukan.

Saturday, April 19, 2014

JIN KAFIR BERSARANG DI KAKI PESAKIT



Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT. Telah berjaya mengeluarkan jin kafir yang bersarang di kaki pesakit ini. 

P/s: Jin memang suka bila manusia itu lalai!

P/s/s: Meskipun penat baru balik dari kursus refleksologi petang ini, tugas rawatan perlu dilaksanakan.

Tabib Faiz Al-Hadid
Bekam | Urut | Resdung | Sihir

KURSUS ASAS REFLEXOLOGY PRN


Alhamdulillah, Hari ini berkesempatan menyertai Kursus Asas Urutan yang dianjurkan oleh Group Pondok Rawatan Nusantara, Tikam Batu@PRN oleh Sifu Chik Lan, Ustaz Muaz & Ustaz Faiz serta Dr.Mansurudin Ibrahim.  

Banyak ilmu & info yang bermanfaat, penyampaian yang mudah difahami.

Aktiviti sepanjang Program Kursus Asas Urut Reflexology.

P/s: Ana urut sahabat tu sampai terbuang air besar..hehe! Minta maaf yea sahabat...

P/s/s: Balik kursus terus ada rawatan ruqyah.

Tabib Faiz Al-Hadid
Bekam | Urut | Resdung | Sihir

Tuesday, April 15, 2014

2 RAWATAN HARI INI


Alhamdulillah, selesai 2 Rawatan hari ini.

1. Rawatan Urut & Bekam
2. Rawatan Resdung

P/s: Pagi ini ana terlalu sibuk untuk persiapan Pusat Rawatan, dokumen kesihatan perlu dilengkapi.

Tabib Faiz Al-Hadid
Jaga Kesihatan, Ibadat Sempurna!

Sunday, April 13, 2014

7 RAWATAN HARI INI



Alhamdulillah, telah selesai rawatan pada Ahad ini.


9.00am - Rawatan Bekam Migrain
11.30am - Rawatan Ruqyah & Bekam Puan Zakiah & Suaminya dari JITRI, Kedah
5.00pm - Rawatan Bekam Muslimah Puan Zaharah, Sg Buloh
9.30pm - Rawatan Ruqyah & Resdung Tuan Fadlee Shah & The Gang

P/s: Mohon maaf jika tidak sempat membalas Msg/SMS/WhatsApp di atas kesibukan merawat.

Tabib Faiz Al-Hadid

Saturday, April 12, 2014

RAWATAN BEKAM PERDANA SIRI KE 2


Alhamdulillah, selesai sudah Rawatan Bekam Perdana Siri ke 2 di Surau Baitul Ehsan, Ampang bersama pembantu ana, Sofie Adenan.

Bermula selepas zohor, berhenti solat asar dan bersambung semula sehingga selesai.

Rata-rata mereka yang sudah dibekam pada Rawatan Siri 1, berkata memang berkesan & penyakit yang mereka alami berkurangan.

P/s: Alhamdulillah, baru dapat info ada surau/masjid berminat utk ana adakan rawatan bekam perdana di tempat mereka. InshaAllah, ana akan turun ke sana.

Tabib Faiz Al-Hadid
Jaga Kesihatan, Ibadat Sempurna!

Wednesday, April 9, 2014

RAWATAN MANDIAN


Alhamdulillah, sempat membuat 2 rawatan Mandian untuk pesakit keluarga Puan Saadiah Desa Bakti.

Sekadar perkongsian, Perhatikan:

Dua baldi diisikan air yang sama kandungannya.
Limau dibelah sama banyak.
Kemudian diruqyah
Namun ada perbezaannya.
Hanya Allah Yang Maha Mengetahui
Ilmu Allah cukup luas....Ilmu kita sekadar buih di lautan
Semuanya dengan keizinanNya...

Cara membuat Air Mandian:
Sediakan air zam zam atau air mineral
Bacakan ayat Kursi sebanyak 7 kali
Surah Al Ikhlas,Al Falaq,An Nas sebanyak 1 kali


Tabib Faiz Al-Hadid
Jaga Kesihatan, Ibadat Sempurna.

Monday, April 7, 2014

5 RAWATAN HARI INI


Alhamdulillah, selesai membuat 5 Rawatan hari ini.

2 Rawatan Ruqyah
3 Rawatan Mandian

P/s: Buang sifat negatif, pastikan apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Tabib Faiz Al-Hadid
Jaga Kesihatan, Ibadat Sempurna!

Sunday, April 6, 2014

9 RAWATAN HARI INI


Alhamdulillah, selesai membuat 9 rawatan hari ini sampai jam 2am.

2 Rawatan Ruqyah
2 Rawatan Bekam - Sakit Pinggang | Gout
3 Rawatan Mandian
1 Rawatan Resdung
1 Rawatan Urut - Bengkak di bahagian lengan selepas terjatuh

P/s: Semoga Allah memberikan kesembuhan pada mereka, Amin!

P/s/s: Nanti Rawatan Bekam Perdana di Surau Baitul Ehsan, jumpa di sana...

Tabib Faiz
Jaga Kesihatan, Ibadat Sempurna!

6 RAWATAN HARI INI


Alhamdulillah, hari ini telah selesai 6 rawatan:

3 Rawatan Ruqyah di Desa Bakti, Selayang.
2 Rawatan Resdung
1 Rawatan Mandian

P/s: Semoga Allah berikan kesembuhan pada mereka, Amin.

P/s/s: Sabun Serai Wangi dah terjual, kena order stok baru, Memang berkesan..

Tabib Faiz Al-Hadid
Jaga Kesihatan, Ibadat Sempurna

Wednesday, April 2, 2014

6 RAWATAN HARI INI


Alhamdulillah, hari ini ada 6 rawatan.
  • Rawatan Urutan Untuk Haji Addenan Jemaah Surau Ulul Azmi, Bukit Indah.
  • Rawatan Bekam Untuk Puan Noraine Hashim dari Desa Bakti, Selayang.
  • 2 Rawatan Ruqyah untuk anak-anak Puan Noraine Hashim.
  • Rawatan Bekam Resdung Untuk Puan Siti Aishah dari Flat Sri Nilam, Ampang
  • Rawatan Resdung Untuk En Amin BodyBuilder
P/s: Semoga Allah berikan kesembuhan pada mereka

Tabib Faiz Al-Hadid

Tuesday, April 1, 2014

HALALKAH UBAT ANDA


Tahukah Anda! 30% Ubat mengandungi unsur babi dan anda mungkin telah mengambilnya tanpa disedari. 

Ramai umat Islam pada hari ini yang tidak sedar bahawa ubat-ubatan yang mereka ambil itu sebenarnya mengandungi bahan daripada babi. Hasil kajian makmal Pusat Pengajian Sains Farmasi, Universiti Sains Malaysia mendapati 30 Peratus daripada 100 ubat yang diuji positif mengandungi DNA babi.

Manakala, Kajian Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi terhadap 15 ubat-ubatan yang diambil secara rambang dari pasaran Malaysia mendapati tiga daripada ubat itu positif DNA khinzir.


Buku ini memberi panduan berguna kepada pembaca terutama pesakit Islam sebagai rujukan.

Item Produk :Panduan Halalkah Ubat Anda
Harga : RM 50.00 seunit


Untuk pembelian, sila klik disini  TEMPAHAN BUKU ]