Motto: JAGA KESIHATAN, IBADAT SEMPURNA

Perubatan Thibbun Nabawi: Perubatan Cara Nabi menjadi satu bentuk teknik dan kaedah perubatan alternatif berpandukan agama yang telah mula banyak diminati dan meningkat naik. Kerana dengan sedikitnya kos pembiayaan yang digunakan, perubatan ini telah berjaya menyembuhkan pelbagai jenis penyakit kronik yang biasanya hanya dapat disembuhkan dengan kos pembiayaan yang sangat tinggi. Methode-methode perubatan dengan bekam, madu, habbatus sauda, minyak zaitun, kam'ah, itsmid, talbinah, qusthul bahri, dan selainnya sebagai sebahagian dari bahan-bahan atau bentuk-bentuk perubatan nabawi telah menunjukkan bahawa ia merupakan terapi yang mujarab yang berupaya menyembuhkan pelbagai jenis penyakit, selain penyakit tua (dan mati) dengan izin Allah.

Motto: "JAGA KESIHATAN, IBADAT SEMPURNA "

Kesihatan adalah amat penting untuk umat islam, supaya kita senang sentiasa dapat beribadat dan beramal kepada ALLAH SWT dengan sempurna. Semoga ALLAH SWT memberkati ibadah dan amal yang kita lakukan.

Saturday, March 1, 2014

RAWATAN DI KUALA TERENGGANU

 

Alhamdulillah, baru smpai di kemaman. Ada rawatan ruqyah di Kuala Terengganu.

Pesakit ini dikatakan mempunyai saka atau benda ikut, menurut kata pihak keluarganya setelah cuba berubat di kawasan berdekatan.

Bila ana dan zaujah sana di rumah, pesakit yang berusia sekitar 95 tahun itu terus menangis dan memberitahu bahawa dia akan pergi, ibubapanya yang telah melambainya (keduanya telah meninggal). Ana juga memberitahu bahawa ana dan semua yang hidup pun akan bakal menyusuri kematian.

Lalu ana memberitahu pihak keluarga mereka, apa yang dikatakan oleh perawat lain, bahawa pesakit itu ada saka atau diikut oleh makhluk lain. Sebenarnya ini adalah tanda-tanda 100 hari kematian. Bakal jenazah pasti akan nampak Malaikat Maut, di saat itu memang tidak boleh berkata-kata..

P/s: Alhamdulillah, semua dipermudahkan segala urusan oleh Allah SWT.


Tabib Faiz Al-Hadid
Jurutera Kesihatan