Motto: JAGA KESIHATAN, IBADAT SEMPURNA
Perubatan Thibbun Nabawi: Perubatan Cara Nabi menjadi satu bentuk teknik dan kaedah perubatan alternatif berpandukan agama yang telah mula banyak diminati dan meningkat naik. Kerana dengan sedikitnya kos pembiayaan yang digunakan, perubatan ini telah berjaya menyembuhkan pelbagai jenis penyakit kronik yang biasanya hanya dapat disembuhkan dengan kos pembiayaan yang sangat tinggi. Methode-methode perubatan dengan bekam, madu, habbatus sauda, minyak zaitun, kam'ah, itsmid, talbinah, qusthul bahri, dan selainnya sebagai sebahagian dari bahan-bahan atau bentuk-bentuk perubatan nabawi telah menunjukkan bahawa ia merupakan terapi yang mujarab yang berupaya menyembuhkan pelbagai jenis penyakit, selain penyakit tua (dan mati) dengan izin Allah.
Motto: "JAGA KESIHATAN, IBADAT SEMPURNA "
Kesihatan adalah amat penting untuk umat islam, supaya kita senang sentiasa dapat beribadat dan beramal kepada ALLAH SWT dengan sempurna. Semoga ALLAH SWT memberkati ibadah dan amal yang kita lakukan.
Kesihatan adalah amat penting untuk umat islam, supaya kita senang sentiasa dapat beribadat dan beramal kepada ALLAH SWT dengan sempurna. Semoga ALLAH SWT memberkati ibadah dan amal yang kita lakukan.
Saturday, April 12, 2014
RAWATAN BEKAM PERDANA SIRI KE 2
Alhamdulillah, selesai sudah Rawatan Bekam Perdana Siri ke 2 di Surau Baitul Ehsan, Ampang bersama pembantu ana, Sofie Adenan.
Bermula selepas zohor, berhenti solat asar dan bersambung semula sehingga selesai.
Rata-rata mereka yang sudah dibekam pada Rawatan Siri 1, berkata memang berkesan & penyakit yang mereka alami berkurangan.
P/s: Alhamdulillah, baru dapat info ada surau/masjid berminat utk ana adakan rawatan bekam perdana di tempat mereka. InshaAllah, ana akan turun ke sana.
Tabib Faiz Al-Hadid
Jaga Kesihatan, Ibadat Sempurna!