Motto: JAGA KESIHATAN, IBADAT SEMPURNA

Perubatan Thibbun Nabawi: Perubatan Cara Nabi menjadi satu bentuk teknik dan kaedah perubatan alternatif berpandukan agama yang telah mula banyak diminati dan meningkat naik. Kerana dengan sedikitnya kos pembiayaan yang digunakan, perubatan ini telah berjaya menyembuhkan pelbagai jenis penyakit kronik yang biasanya hanya dapat disembuhkan dengan kos pembiayaan yang sangat tinggi. Methode-methode perubatan dengan bekam, madu, habbatus sauda, minyak zaitun, kam'ah, itsmid, talbinah, qusthul bahri, dan selainnya sebagai sebahagian dari bahan-bahan atau bentuk-bentuk perubatan nabawi telah menunjukkan bahawa ia merupakan terapi yang mujarab yang berupaya menyembuhkan pelbagai jenis penyakit, selain penyakit tua (dan mati) dengan izin Allah.

Motto: "JAGA KESIHATAN, IBADAT SEMPURNA "

Kesihatan adalah amat penting untuk umat islam, supaya kita senang sentiasa dapat beribadat dan beramal kepada ALLAH SWT dengan sempurna. Semoga ALLAH SWT memberkati ibadah dan amal yang kita lakukan.

Tuesday, June 3, 2014

SIHIR MELALUI FACEBOOK


Ibunya berbangsa Cina telah berjumpa dengan pihak kami, menceritakan anaknya kerap berperangai pelik setelah berkenalan lelaki yang baru dia kenali di FB, setelah anaknya mendapat selendang berwarna oren daripada lelaki tersebut. Sifat ketaranya ialah dia kerap berkata kasar dan menengking terhadap ibu bapanya.

Ibunya juga telah berjumpa dengan beberapa ustaz untuk meminta pandangan dan nasihat untuk kes anaknya.

Kesnya, dia masuk Islam kerana lelaki yang baru dikenali dan ingin terus berkahwin dengan lelaki tersebut. Dan ingin cabut lari dari rumah untuk berkahwin dengan lelaki tersebut.

Ibubapanya tidak menghalang anaknya masuk Islam cuma tidak membenarkan anaknya terus berkahwin dengan orang yang dia tidak kenali.

P/s: Terkena Ilmu Pengasih...


Tabib Faiz Al-Hadid & Puan Ema Al-Hadid
"Jaga Kesihatan, Ibadat Sempurna