Saturday, August 30, 2014

Terapi Bekam Ruqyah As-Syifa


Alhamdulillah, telah lama saya tidak postkan perkhabaran di blog ini kerana kesibukan merawat pesakit-pesakit di Pusat Rawatan kami.

Terapi Bekam Ruqyah As-Syifa.
Terapi Bekam Ruqyah juga dikenal sebagai pengubatan dan mendapatkan penyembuhan bagi orang yang mempunyai penyakit misteri sehingga pihak doktor tidak dapat mengesannya. Pada umumnya ruqyah dikenal dalam masyarakat sebagai jalan atau upaya untuk mengusir jin dan segala macam gangguannya dengan mengunakan dan membacakan ayat-ayat Al-Quran. Terapi ini merupakan terapi yang efektif bagi mereka yang ingin mendapatkan kesembuhan dan tentu saja anda akan mendapatkan kehidupan yang lebih baik setelah menjalani terapi ruqyah ini.

Ramai yang tidak tahu, gangguan mahkluk halus boleh dirawat melalui kaedah bekam.
Pesakit yang mengalami gangguan makhluk halus, dan sihir boleh diubati melalui rawatan bekam dan bacaan ruqyah akan turut dibacakan semasa rawatan.

"Insya-Allah syaitan dan iblis yang bersarang di dalam tubuh pesakit akan dikeluarkan melalui darah kotor,

Sebagaimana sebuah Hadis Rasulullah s.a.w yang telah diriwayatkan oleh Sayidah Syafiyyah binti Huyay , bahawa Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya :

" Sesungguhnya Syaitan ( Jin ) itu berjalan dalam tubuh anak Adam sebagaimana darah yang mengalir dalam tubuhnya ".

Dari Hadis di atas jelaslah bahawa Jin dapat masuk kedalam tubuh badan manusia dan terus sampai ke urat nadi dan darah manusia. Jin dapat berjalan dalam tubuh manusia seperti arus eletrik mengalir dalam kabel penyalurnya. Jin juga dapat menguasai manusia sehingga ia dapat menimbulkan perkelahian sesama manusia, manusia kehilangan ingatan, hilang daya kemahuan dan kesedaran dan lain-lain lagi.
Jin boleh memasuki badan manusia samada di pinta sendiri oleh manusia atau tanpa di sedari oleh manusia itu sendiri.